My Add
Wednesday, 28 November 2012
Ahli Parlimen ikuti kursus sensitiviti gender
KUALA LUMPUR, SELASA, 27 November, 201: Kesemua Ahli Parlimen termasuk Yang Dipertua Dewan Rakyat dan timbalannya akan mengikuti kursus sensitiviti gender bagi mengelakkan mereka daripada mengeluarkan kenyataan seksis semasa bersidang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) berkata, kursus serta latihan berkenaan akan dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Katanya, kursus itu akan dianjurkan dari semasa ke semasa bagi mendidik setiap Ahli Parlimen termasuk yang baharu dilantik pada masa akan datang.
Menurutnya, kursus itu juga penting kepada Yang Dipertua serta timbalannya kerana mereka bertanggungjawab menentukan sama ada sesuatu kenyataan yang dibuat ahli Parlimen berbaur seksis atau tidak.
"Saya rasa ini tidak ada masalah (menghantar Ahli Parlimen mengikuti kursus). Mungkin sesi akan datang ada orang baharu, yang baharu perlu ditarbiah, disekolahkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika penggulungan usul menerima penyata jawatankuasa peraturan-peraturan mesyuarat dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Berikutan itu, Dewan Rakyat meluluskan pindaan pada Peraturan Mesyuarat 36 (4) yang menjelaskan adalah menjadi kesalahan jika Ahli Parlimen menggunakan bahasa kurang sopan, biadab serta membuat pernyataan seksis semasa bersidang. - UTUSAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment