My Add

Thursday 1 November 2012

Anak Orang Asli tidak dipaksa mendalami Islam di sekolah

KUALA LUMPUR, RABU, 31 Oktober, 2012: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menafikan dakwaan terdapat anak-anak Orang Asli yang bukan beragama Islam di Gua Musang, Kelantan dipaksa mendalami pendidikan Islam di sekolah.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal turut menafikan dakwaan bahawa murid-murid tersebut dikasari ekoran keengganan mereka membaca doa makan ketika berada di sekolah.

''Tiada arahan mewajibkan seseorang murid atau pelajar yang bukan beragama Islam untuk mempelajari ilmu pengetahuan agama Islam dan penekanan dalam bacaan doa.

''Perkara ini berkemungkinan sengaja ditimbulkan dan dipolitikkan. Perkara ini tidak benar," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Program Tanam Semula antara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment