My Add

Thursday 1 November 2012

BNM, SC nilai aspek perundangan

KUALA LUMPUR, RABU, 31 Oktober, 2012: Kumpulan Kerja Bersama antara Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti telah dibentuk untuk menilai aspek perundangan dan peraturan bagi menyokong pembangunan sektor khidmat nasihat kewangan.

Timbalan Gabenornya, Datuk Muhammad Ibrahim berkata, pembentukan kumpulan kerja itu adalah bagi menambah baik rejim dua lesen yang dikeluarkan oleh SC dan BNM kepada penasihat kewangan (FA) dan perancang kewangan (FP) pada masa ini.

"Tujuan penambahbaikan itu adalah bagi mengurangkan pertindihan dan kos berkaitan dalam usaha memberi manfaat kepada peserta.

"Beberapa langkah telah diperkenalkan termasuk penyeragaman had terhadap pegangan asing dan menyeragamkan keperluan dan kelayakan bagi pembangunan profesional berterusan.

''BNM akan berbincang dengan Persatuan Penasihat Kewangan (AFA) ketika proses rundingan dalam usaha mempertingkatkan rangka kerja perundangan untuk FA dan FP," katanya semasa berucap di majlis pelancanran AFA dan Persidangan Tahunan AFA di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment