My Add

Friday 2 November 2012

Halang kebebasan media, Syed Ali anggap Khalid 'bacul'

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 November, 2012: Tuntutan maaf yang dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikutan artikel yang disiarkan dalam kolum Cuit, Jual aset PKNS: Sultan Selangor murka? disifatkan sebagai perbuatan bacul dan merupakan cubaan menghalang kebebasan media di negara ini.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mendakwa, desakan terhadap penulis kolum berkenaan, Datuk Zaini Hassan dan Utusan Malaysia itu merupakan tindakan bagi menghalang isu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) didedahkan kepada umum.

"Saya sifatkan Abdul Khalid dan kerajaan negeri Selangor sebagai bacul, pengkhianat dan talam dua muka kepada kepentingan Melayu.

"Kemungkinan ada 'tangan-tangan hantu' di belakang Abdul Khalid yang mahu aset PKNS bernilai ratusan juta ringgit itu dijual kepada pihak asing," katanya dalam laman blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment