My Add

Saturday 3 November 2012

Hubungan tidak selari Kerajaan Pusat-negeri beri kesan tidak baik

SEMPORNA, SABTU, 03 November, 2012:Hubungan tidak selari atau tidak akrab antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri boleh menjejaskan usaha membantu memajukan rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, banyak projek untuk rakyat di beberapa negeri yang ditadbir kerajaan pakatan pembangkang termasuk Projek Loji Rawatan Air Langat 2 menghadapi masalah disebabkan hubungan tidak mesra kedua-dua pihak.

"Sebagai contoh, bantuan yang kita berikan kepada negeri Selangor dan Kelantan untuk penyelenggaraan jalan raya di negeri itu tidak digunakan untuk jalan tetapi untuk kepentingan lain. Sebahagian kecil sahaja untuk tujuan asal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pelancaran Kluster Rumpai Laut Sabah yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di sini hari ini.

Menurut Shafie, projek bekalan air untuk masyarakat Orang Asli di Gua Musang, Kelantan, di bawah kementeriannya juga menghadapi masalah disebabkan tindak-tanduk kerajaan negeri yang tidak mesra dengan Kerajaan Pusat meskipun projek itu untuk rakyat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment