Jadikan taska di kementerian, GLC satu peraturan
SANDAKAN, ISNIN, 12 NovEMBER, 2012: Pergerakan Wanita UMNO mahu penubuhan taman asuhan kanak-kanak (taska) di semua kementerian dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dijadikan peraturan.
Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata ini kerana inisiatif yang diberi kerajaan bagi menubuhkan taska masih tidak mencukupi dan masih banyak kementerian dan GLC belum menubuhkannya.
"Kami berharap Kementerian Kewangan memantau penubuhan taska di semua kementerian dan GLC sebagai satu peraturan yang perlu dipatuhi," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah seorang warga emas menerusi program Skuad Sayang, di sini hari ini.
Menurutnya bagi GLC, mereka tidak harus menjadikan alasan langkah itu tidak membawa untung sebagai faktor tidak mewujudkan taska di syarikat masing-masing.
Shahrizat juga meminta Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa memberi perhatian terhadap isu tersebut. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment