My Add

Saturday 3 November 2012

Kerjasama pembangkang bersifat sementara: Dr Mahathir

KHARTOM, 03 November, 2012: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kerjasama pakatan pembangkang bersifat sementara dan sekadar mahu memenangi pilihan raya umum.

Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang mempunyai kerjasama rapat selama 55 tahun dan persefahaman, beliau berkata dalam pakatan pembangkang itu sendiri sebenarnya tiada persetujuan dan tiada perancangan masa depan.

“Kita harus ingat pakatan bukan gabungan. Pakatan adalah perjanjian secara tidak bertulis yang mahu bekerjasama melawan BN, itu saja,” katanya mengingatkan sesetengah pihak yang dilaporkan berhasrat memberi peluang kepada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang kerana menganggap mereka seperti BN.

Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan syarahan umum kepada kira-kira 1,000 tetamu yang terdiri daripada pelajar universiti, ahli akademik dan ahli korporat serata Sudan, Dr Mahathir berkata pembangkang tidak mempunyai agenda pembangunan negara, jauh sekali mahu menjaga kepentingan rakyat.

“Yang dijanji nak naik 20 peratus royalti kepada kerajaan negeri.

“Jadi, negeri lain yang tiada minyak akan kerugian dan ini bermakna negeri yang ada minyak saja boleh dibangunkan.

“Sekarang ini pun, dengan lima peratus yang kita (kerajaan) bayar, mereka begitu kaya sekali, jauh lebih kaya daripada negeri-negeri lain,” kata beliau.

Mengulas mengenai Kabinet bayangan pembangkang yang dikatakan masih kabur, Perdana Menteri Malaysia keempat itu berkata, ia perkara biasa.

“Mereka mempunyai cita-cita untuk memerintah Malaysia.

“Justeru itu, mereka perlu bentuk apa yang dipanggil sebagai kabinet bayangan tapi dia bayang sahajalah.

"Mereka sukar untuk memilih pemimpin kerana masing-masing hendak jadi pemimpin.

“(Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim ingat dia akan menjadi perdana menteri tetapi orang lain pun ada cita-cita besar juga," katanya.

Beliau berkata, dengan menjanjikan untuk mengadakan 10 hingga 15 jawatan timbalan perdana menteri dalam kabinet bayangan hanyalah sekadar umpan bagi parti pembangkang untuk bekerjasama. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment