My Add

Friday 2 November 2012

Lelaki maut motosikal rempuh trak penunda PLUS

GEORGETOWN, JUMAAT, 02 November, 2012: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang trak penunda PLUS Expressway Bhd (PLUS) Jambatan Pulau Pinang di Jalan Udini, di sini hari ini.

Tan Lin Wei, 24, mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk di kepala.

Sumber polis berkata, dalam kemalangan pada jam 11 pagi itu, Tan dikatakan merempuh trak penunda dari belakang ketika trak itu berhenti untuk memberi bantuan kepada sebuah kereta yang rosak.

"Akibat rempuhan kuat, mangsa tercampak ke bahu jalan," katanya kepada pemberita.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan kejadian itu dan berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment