My Add

Thursday 1 November 2012

Misi bantuan Syria terbaik

*AZEEZ (tengah) bersama sukarelawan misi bantuan kemanusiaan 
KP1M berdoa semasa tiba di KLIA, semalam. - Foto Ahmad I
rham Mohd Noor
SEPANG, KAMIS, 01 November, 2012: Kelab Putera 1Malaysia (KM1M) menyifatkan misi bantuan kemanusiaannya bagi membantu pelarian Syria di Jordan sebagai yang terbaik pernah dilaksanakan.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata misi selama 11 hari itu mendapat kerjasama penuh Duta Malaysia ke Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz serta semua penuntut Malaysia di negara itu.

“Ini adalah misi kita yang ke-28 dan yang terbaik kerana mendapat kerjasama daripada penuntut sepanjang ia berlangsung.

“Mereka turut dijadikan adik angkat KP1M bagi membantu mengagihkan makanan dan selimut yang kita sumbangkan di bawah jawatankuasa penggerak yang dipengerusikan Abdul Malek dan Koordinator KP1M, Mohd Ravi Abdullah sebagai setiausaha di sini,” katanya kepada media sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam, selepas menamatkan Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M bagi membantu pelarian Syria di Jordan.

Seramai 56 sukarelawan termasuk anggota media dan pasukan perubatan berangkat ke Jordan dalam tiga peringkat bermula 19 Oktober lalu bagi menyertai misi berkenaan.

Bantu 37,000 pelarian

Misi itu membantu kira-kira 37,000 pelarian Syria di kem Zaata'ry, Mafraq, Ar Ramtha dan Irbid yang terletak sempadan di Syria-Jordan melalui sumbangan makanan, selimut, ubat serta 191 ekor kambing bagi ibadat korban.

Azeez berkata, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membincangkan bentuk bantuan jangka panjang bagi pelarian Syria, termasuk kenderaan karavan untuk digunakan oleh pelarian terutama kanak-kanak pada musim sejuk yang akan menjelang tidak lama lagi.

“Bantuan itu menunjukkan keikhlasan rakyat Malaysia untuk membantu pelarian Syria, selain membuktikan kerjasama baik antara negara kita dan Jordan dalam melaksanakan misi ini,” katanya. - BH

No comments:

Post a Comment