My Add

Saturday 3 November 2012

Pekerja ladang: Kedutaan Indonesia akan bekerjasama dengan Felda

TROLAK, SABTU, 03 November, 2012: Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Malaysia akan terus bekerjasama dengan Kumpulan Felda dalam aspek pengurusan rakyat negara itu yang bekerja di ladang termasuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno berkata, kerjasama di antara Indonesia dan Malaysia itu juga adalah untuk meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara bagi menyokong pembangunan ekonomi di negara ini.

Katanya, pihak kedutaan sentiasa ingin bekerjasama dengan Felda agar manfaatnya dinikmati bersama dengan mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin.

"Setiap pekerja dan majikan tentunya akan ada masalah, masalah ini kita selesaikan sebaik-baiknya jangan sampai yang sedikit ini bisa membuat retak hubungan kedua-dua negara," katanya kepada pemberita sempena kunjungannya ke Ladang Kumpulan Felda di Felda Wilayah Trolak di sini malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment