My Add

Saturday 3 November 2012

Peluang 2 suspek al-Qaeda bebas cerah
 
 Marwan Amine Sinno, Razif Mohd. Ariff, Muhamad Razin

Oleh KASTHURI JEEVENDRAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 02 November, 2012: Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Lebanon kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda mempunyai peluang cerah untuk bebas tanpa disabitkan kesalahan.

Peguam bela mereka, Marwan Amine Sinno berkata, pihak berkuasa Lebanon tidak dapat mengemukakan bukti kukuh yang boleh mengaitkan Razif Mohd. Ariff, 30, dan Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal, 21, terlibat dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.

“Mereka berdua mungkin akan dibebaskan dalam tempoh terdekat sekiranya pihak pendakwa tidak dapat mengemukakan bukti yang cukup kerana mereka ditangkap atas tuduhan yang tidak jelas sama ada terlibat dengan kumpulan militan itu.

“Pihak risikan juga tidak mempunyai bukti mereka berdua mahu terlibat dengan sebarang aktiviti berunsur keganasan di negara ini," katanya ketika dihubungi di Lebanon hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment