Suami Sri Wani diperintah bayar kos RM12,000
KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 November, 2012: Pengusaha pusat kecantikan yang jantinanya dipertikaikan oleh suaminya, Sri Wani Choo Abdullah berjaya mengetepikan permohonan suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini untuk menggantung perintah membayar kos guaman sebanyak RM12,000 kepada wanita berkenaan.
Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain menolak permohonan bekas dekan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) itu, Dr. Bahrom Sanugi, setelah mendapati lelaki tersebut tidak mengemukakan sebarang dokumentasi atau keterangan menyokong alasan yang dia tidak berkemampuan dan tidak mempunyai pendapatan tetap untuk membayar kos itu. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment