My Add

Wednesday 28 November 2012

Ukraine anggap Malaysia contoh terbaik amalan keterbukaan

KUALA LUMPUR, SELAA, 27 November, 2012: Ukraine menganggap Malaysia di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah negara yang menunjukkan contoh terbaik dari segi amalan keterbukaan dalam hubungannya dengan negara-negara lain di dunia.

Penasihat Diplomatik Perdana Menteri Ukraine, Anatoliy K. Orel berkata, Parti Regions yang kini mentadbir negara tersebut sedang mempelajari amalan itu sejak tiga tahun lalu.

"Kami menyedari dasar eskapisme dan pemencilan merupakan asas kepada fenomena sosial ekstrem yang menjejaskan kestabilan dan kedamaian.

"Ukraine juga percaya amalan yang sedang dipelajari ini adalah sangat penting demi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat kami," katanya dalam Forum Antarabangsa UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau merupakan ahli panel dalam sesi bertajuk Perdamaian Politik Dalam Demokrasi Mapan - Pencegahan Secara Damai Dan Pengurusan Konflik Sebagai Alat Reformasi Politik dalam forum yang dianjurkan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Ahli-ahli panel yang lain ialah Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim; Presiden Parti Funcinpec, Kemboja, Keo Puth Reasmey; Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Van Thanh dan wakil Parti Al-Dawa, Iraq, Dr. Diyaa M. Mahdi Baqir Al-Mawlawi.

Pakar Rujuk Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Firdaus Abdullah pula bertindak sebagai moderator.

Sementara itu, dalam sesi sama, Al-Mawlawi menegaskan, Iraq menolak usaha mana-mana pihak memperkenalkan politik sektarian di negara itu.

Sebaliknya jelas beliau, Iraq komited menyatukan rakyatnya dan dalam masa sama mengiktiraf hak-hak autonomi komuniti setempat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment