My Add

Thursday 24 January 2013

1.1 juta menanti kerja di bawah SPA

*ZAINAL Abidin Ahmad (kanan) menyampaikan cenderamata kepada peserta sesi interaksi SPA dengan ketua-ketua jabatan, badan berkanun dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di pekarangan Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh, Johor, semalam.

PAGOH, RABU, 23 Januari, 2013: Kira-kira 1.1 juta pencari kerja yang berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menanti untuk diserap dalam kementerian, jabatan dan agensi kerajaan tahun ini sama ada secara tetap atau kontrak.

Bagaimanapun Timbalan Setiausaha (Pengambilan) SPA, Zainal Abidin Ahmad berkata, jawatan atau kekosongan yang ada ketika ini terhad terutama berikutan had umur persaraan dilanjutkan sehingga 60 tahun, tahun ini.

"Tahun ini bilangan yang bersara tidak ramai. Mulai tahun depan barulah ramai yang akan bersara setelah mencapai had umur 60 tahun tetapi bilangan kekosongan masih tidak pasti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment