My Add

Thursday 24 January 2013

PLUS beri sumbangan kaki palsu kepada Mohd. Haffiz

*Noorizah Abd. Hamid melihat kaki palsu yang dipakai Mohd. Haffiz Zamri selepas menyampaikan sumbangan itu di Plaza Tol Pedas-Linggi, Rembau, Negeri Sembilan, semalam.

REMBAU, RABU, 23 Januari, 2013: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyumbang kaki palsu kepada kakitangannya, Mohd. Haffiz Zamri, 27, yang cedera dalam kejadian samun di Plaza Tol Seremban, tahun lalu.

Penyampaian kaki palsu itu disempurnakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd. Hamid di Pejabat Seksyen S1 PLUS di Plaza Tol Pedas-Linggi, di sini hari ini.

Menurut Noorizah, PLUS memandang serius isu keselamatan kakitangannya yang bertugas di lebuh raya.
"Pelbagai langkah telah dan akan diambil bagi memastikan keselamatan kakitangan kami sentiasa berada pada tahap terbaik ketika menjalankan tugas termasuk menyediakan perkhidmatan pengawal keselamatan bersenjata di plaza tol dan menyediakan prosedur yang ketat," katanya ketika ditemui dalam majlis tersebut - UTUSAN

No comments:

Post a Comment