My Add

Saturday 19 January 2013

100 lagi orang awam mati di Syria

*BEBERAPA orang pasukan penentang Presiden Bashar Al-Assad membuat rondaan di Homs. Kejadian pembunuhan beramai-ramai oleh tentera rejim terus berlaku sehingga sekarang.

DAMSYIK, KHAMIS, 18 Januari, 2013: Lebih 100 orang awam terbunuh dalam satu kejadian pembunuhan beramai-ramai terbaharu di Syria, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia negara itu.

Pemerhati sama berkata, kematian berlaku apabila pasukan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad pada Selasa lalu menggempur kawasan ladang di utara bandar Homs.

Bandar tersebut dipercayai menjadi lokasi kepada kira-kira 1,000 orang mencari perlindungan daripada pertempuran di tengah Syria.

"Tentera rejim melakukan pembunuhan beramai-ramai Selasa lalu menyebabkan 106 mangsa terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak," kata pemerhati yang beribu pejabat di Britain.

Beberapa orang saksi memberitahu mangsa mati akibat terbakar, ditikam dan ditetak.

"Tentera datang sebelum menyembelih wanita dan kanak-kanak. Mereka juga membakar tubuh mangsa," kata seorang wanita tidak dikenali yang dilihat dalam satu rakaman video amatur dan diedarkan oleh oleh penentang Bashar di Homs.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan lebih 60,000 orang terkorban, sementara pasukan pemerhati pula menyatakan lebih 48,000 orang maut akibat konflik di Syria. - AFP 

No comments:

Post a Comment