My Add

Friday 18 January 2013

CCTV bantu polis berkas 3 suspek rompak

TAWAU, JUMAAT, 18 Januari, 2013: Polis berjaya memberkas tiga lelaki yang disyaki terlibat merompak kedai runcit di Taman Kuhara Muhibbah pada 26 Disember lepas, menerusi dua operasi hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata, penangkapan suspek itu adalah hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai runcit berkenaan.

Suspek pertama berusia 23 tahun yang imejnya dirakam CCTV premis berkenaan ketika rompakan bersenjata itu diberkas pada pukul 12 tengah malam di kawasan kedai Air Panas, katanya pada sidang media di sini.

Susulan itu, polis katanya berjaya menangkap dua lagi suspek berusia 20 dan 21 tahun pada pukul 10.40 pagi tadi, di kawasan perumahan Taman Univilla di sini.

"Pemasangan CCTV terbukti mampu membantu dan memudahkan usaha pihak polis untuk menyelesaikan kes jenayah,"katanya.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment