My Add

Friday 11 January 2013

Petronas laksana 5 projek mega RM45 bilion di Sabah tahun ini

KOTA KINABALU, JUMAAT, 11 Januari, 2013: Petronas akan melaksanakan lima projek mega bernilai RM45 bilion di Sabah pada tahun ini dan ia dijangka melonjakkan pembangunan industri minyak dan gas di negeri ini.

Ia meliputi projek Terminal Minyak dan Gas (SOGT) di Kimanis, Pusat Latihan Petroleum Kimanis (KTC), Projek Pembangunan Bukan Berkaitan Gas (NAG) Kinabalu, Projek Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP) dan Stesen Janakuasa Kimanis (KPP), kilang baja urea ammonia Sabah (Samur) di Sipitang dan pembinaan Terminal Gas di Lahad Datu.

Bercakap kepada pemberita di sini, Pengurus Besar Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, Joseph Podtung memberitahu, projek-projek berskala besar itu sebahagian pelan Petronas untuk mengoptimumkan nilai sumber minyak dan gas yang ditemui di luar pesisir negeri ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment