My Add

Saturday 12 January 2013

102 mangsa banjir di Sarawak dipindah sementara

KUCHING:, SABTU, 12 Januari, 2013 Seramai 102 mangsa banjir dari dua kawasan di Sarawak dipindahkan sementara selepas kediaman mereka dinaiki air sejak 2 petang semalam.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri, 96 mangsa daripada lapan keluarga dari Rumah Panjang Steward Belitang di Roban dipindahkan ke Dewan Masyarakat Roban, Saratok, kira-kira 317 kilometer dari sini.

Sementara itu, enam mangsa daripada sebuah keluarga di Kampung Bidayuh Lusut, Miri dipindahan ke pusat penempatan sementara di balai raya kampung tersebut. "Kesemua mangsa diarah berpindah setelah kediaman masing-masing dinaiki air setinggi 1.2 meter," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut jurucakap itu, Jabatan Kebajikan juga menyalurkan bantuan berupa pakaian dan makanan segera kepada mangsa banjir terbabit.

Katanya, keadaan air pasang besar yang sedang berlaku di Sarawak kini menjadi punca kawasan berkenaan dinaiki air. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment