My Add

Saturday 12 January 2013

Stadium Merdeka dipenuhi peserta Himpunan Shamsidar


 *SEBAHAGIAN peserta Himpunan Shamsidar berarak dari Pasar Seni menuju ke Stadium Merdeka dengan membawa pelbagai sepanduk, di Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/NASIRRUDDIN YAZID

KUALA LUMPUR, SABTU, 12 Januari, 2013 Stadium Merdeka di sini dipenuhi ribuan peserta Himpunan Shamsidar yang berarak dari beberapa lokasi di ibu negara bagi menghadiri perhimpunan yang dianjurkan oleh parti pembangkang itu.

Mereka berkumpul di KLCC, Masjid Negara, Pasar Seni dan KL Sentral dengan membawa bersama pelbagai sepanduk manakala ada kalangan mereka turut membawa bersama kanak-kanak dan bayi.

"Stadium penuh dan peserta mula membanjiri tempat letak kereta di hadapan pintu utama kerana acara akan dimulakan bila-bila masa, pada pukul 2.15 petang," lapor seorang wartawan Utusan Malaysia di perkarangan Stadiuim Merdeka di sini.

Katanya, pelakon filem Mukhsin, Mislina Mustafa yang hanya bersinglet dan berseluar pendek turut kelihatan bersama empat lagi rakan yang turut berpakaian mencolok mata. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment