My Add

Sunday 6 January 2013

2 mati selepas makan kerang

Oleh Abdul Rashid Abdul Rahman

KOTA KINABALU, SABTU, 05 Januari, 2013: Fenomena laut merah yang melanda negeri ini mengorbankan dua mangsa berumur 14 dan 9 tahun yang dipercayai memakan kerang yang diperoleh dari kawasan perairan Sepanggar.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Christina Rundi berkata, kedua-dua mangsa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth sejak Selasa lalu selepas mengalami gejala yang teruk dan tidak sedarkan diri.

"Pesakit pertama, seorang budak lelaki berusia 14 tahun dibawa keluar dari ICU atas permintaan keluarga pesakit dan meninggal dunia di rumah sehari kemudian iaitu pada Rabu lalu.

"Pesakit kedua pula, seorang budak lelaki berumur 9 tahun meninggal dunia di ICU hospital semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fenomena laut merah atau dikenali sebagai 'red tide' yang berlaku di pantai barat Sabah berpunca daripada kehadiran sejenis organisma satu sel yang dinamakan 'phytoplankton dinoflagellate' dalam air laut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment