My Add

Sunday 6 January 2013

Desak inkuiri secara terbuka

 *TANAH rizab Melayu di seluruh negara boleh tergadai jika tidak diurus dengan baik. - Gambar hiasan.

TANAH MERAH, SABTU, 05 Januari, 2013: Kerajaan Kelantan pimpinan Pas didesak menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk menjalankan inkuiri terbuka berhubung isu pajakan tanah di negeri ini supaya rakyat dapat mengetahui kedudukan sebenar.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar kecil) berkata, rakyat kini menuntut kerajaan negeri membuat pendedahan terbuka dan telus mengenai isu pajakan tanah yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Katanya, isu tersebut turut melibatkan kawasan lebih 4,000 hektar di Hulu Kelantan kepada sebuah syarikat yang ada kaitan dengan pemimpin DAP.

"Rakyat ingin tahu sama ada kelulusan pajakan tanah yang ada kaitan dengan pemimpin DAP itu kerana kerajaan negeri terpengaruh dengan DAP... atau kerana rapatnya hubungan DAP dengan kerajaan negeri di bawah pimpinan Pas," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan mesra terhadap peniaga di Pasar Besar Tanah Merah di sini semalam. - KOSMO

No comments:

Post a Comment