My Add

Sunday 6 January 2013

Kos ambil amah tidak munasabah

KUALA LUMPUR, SABTU, 05 Januari, 2013: Kerajaan digesa campur tangan dalam menetapkan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia pada kadar yang munasabah dengan mengambil kira keperluan semasa rakyat di negara ini.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, langkah itu perlu kerana kadar tersebut dilihat tidak relevan dan terlalu mahal bagi majikan yang berpendapatan sederhana.

"Saya berharap agar kerajaan mengadakan perbincangan dengan semua pihak terbabit dan memastikan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia diturunkan ke paras yang munasabah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) mengumumkan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia ditetapkan pada harga RM6,700 berkuat kuasa serta-merta. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment