My Add

Friday 18 January 2013

29 warga asing tamat tempoh lawatan sosial ditahan

KUANTAN, JUMAAT, 18 Januari, 2013: Seramai 29 warga asing yang pas lawatan sosial mereka tamat tempoh ditahan ketika menaiki sebuah bas ekspres semalam.

Bas itu yang dalam perjalanan dari sini menuju Seremban ditahan pihak imigresen di Kampung Seberang Balok dekat sini kira-kira pukul 9.20 malam.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pahang, Mohmad Khusairi Kamarudin berkata, pergerakan bas itu diintip sedari awak lagi.

"Hasil maklumat orang awam yang mencurigai kumpulan warga asing itu, pihak imigresen bertindak mengekori dan menahan bas itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Difahamkan warga asing berkenaan yang berumur antara 25 hingga 40 tahun bekerja di beberapa sektor di Kuantan dan mereka mahu mencari pekerjaan baharu di Seremban.— BERNAMA 

No comments:

Post a Comment