My Add

Friday 18 January 2013

MSSM dapat RM6 juta untuk program tahun ini

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 Jamuari, 2013:Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM6 juta kepada Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bagi mengelola 24 kejohanan sukan dan penyertaan atlet negara pada kejohanan peringkat antarabangsa sepanjang tahun ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata, peruntukan tersebut juga adalah bagi penganjuran Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah-Sekolah Asia, September ini.

"Saya ingin mengajak semua pihak yang terlibat untuk bersama-sama berusaha bersungguh-sungguh bagi memajukan sukan negara," katanya ketika melancarkan Takwim MSSM 2013 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan supaya MSSM melihat semula peranan dan fungsinya ke arah penambahbaikan yang menyeluruh dalam mencapai tujuannya bagi memenuhi cabaran pada masa akan datang.— BERNAMA 

No comments:

Post a Comment