Oleh AZIZI MAJID
JOHOR BAHRU, KHAMIS, 03 Januari, 2013: Polis menahan lima suspek termasuk tiga warga Singapura dalam dua serbuan di sini semalam, kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dan menghasilkan pil ekstasi serta Eramin 5 tiruan.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Taman Tampoi Indah pukul 10.55 malam, pihaknya menahan dua lelaki tempatan dan dua lelaki Singapura.
"Dalam serbuan itu, polis merampas dadah jenis heroin seberat 516 gram bernilai RM20,640 dan ganja seberat 30 gram bernilai RM60 yang disyaki untuk diedarkan termasuk ke Singapura.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(a) akta sama dan Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya (perlucuthakan harta) 1988," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment