My Add

Saturday 19 January 2013

52 warga asing ditahan dalam Ops Sayang, Ops Jaja

*SEBAHAGIAN warga asing yang ditahan dalam Ops Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan, Jabatan Pendaftaran Negara Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur malam tadi. - UTUSAN


KUALA LUMPUR, SABTU, 19 Januari, 2013: Jabatan Imigresen menahan 52 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam Ops Sayang dan Ops Jaja di sekitar kawasan Chow Kit di ibu negara malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Cawangan Wilayah Persekutuan James Musa Singa berkata mereka adalah antara 81 individu yang diperiksa dalam operasi itu.

Kesemua warga asing itu ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk pas pekerjaan tidak sah dan memiliki dokumen perjalanan palsu.

Daripada jumlah itu, 39 daripada mereka adalah warga Indonesia, Bangladesh (tujuh), India (tiga) dan masing-masing seorang warga Pakistan, Nepal dan Myanmar, katanya selepas operasi bersepadu jabatan itu bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya ketiga-tiga majikan itu, ditahan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggaji tiga pekerja asing tanpa permit dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan maksimum RM50,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap seorang pekerja. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment