My Add

Saturday 19 January 2013

Sekolah perlu lebih bijak kembangkan budaya sukan

MOBILE (Alabama), SABTU, 19 Januari, 2013: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sekolah-sekolah di Malaysia perlu lebih bijaksana dan kreatif dalam usaha mengembangkan budaya sukan dalam kalangan pelajar selaras dengan pelaksanaan dasar "1 Murid, 1 Sukan".

Sambil mengakui ini mungkin mudah dilakukan bagi sekolah yang sudah mempunyai infrastruktur sewajarnya, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata ia tidak mustahil dilakukan sekolah yang tidak mempunyai kemudahan sedemikian.

“Sekolah yang tidak ada (kemudahan), dia boleh buat, contohnya, rentas desa atau sukan-sukan lain yang sesuai, guna pakai juga dewan yang ada seperti di Majlis Perbandaran atau sekolah berhampiran, universiti dan sebagainya.

“Terserah kepada kebijaksanaan kepimpinan sekolah itu sendiri untuk mencari ruang dan peluang bagi meluaskan kegiatan sukan," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja dua hari beliau ke Alabama, Amerika Syarikat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment