My Add

Saturday 19 January 2013

670 tebusan berjaya dibebaskan

ALGIERS, JUMAAT 18 Januari, 2013: Tentera Algeria berjaya membebaskan hampir 670 tebusan termasuk 100 warga asing ketika menggempur kumpulan militan yang menawan kompleks pemprosesan gas dan minyak di In Amenas, timur negara ini pada Rabu lalu.

''Hampir 670 tebusan terdiri daripada 573 warga Algeria dan kira-kira 100 tahanan asing dibebaskan oleh tentera khas Algeria yang menggempur kompleks itu manakala 30 pekerja asing dilaporkan masih hilang,'' lapor agensi berita Algeria, APS.

APS melaporkan tentera masih berusaha membebaskan kesemua warga asing yang ditahan sebagai tebusan di beberapa tempat di dalam kompleks tersebut.

Sementara itu di NOUAKCHOTT, Mauritania, pengganas dilaporkan meletakkan dua syarat bagi mengadakan rundingan bagi menamatkan krisis tebusan di kompleks itu.

Agensi berita ANI yang memetik sumber kumpulan itu melaporkan, pengganas mahu campur tangan tentera Perancis di Mali dihentikan dan tebusan di kompleks itu ditukarkan dengan dua anggota kumpulan itu yang kini ditahan dipenjara Amerika Syarikat.

Sumber yang rapat dengan ketua kumpulan itu, Mokhtar Belmokhtar memetik Mokhtar sebagai mencadangkan supaya Perancis dan Algeria mengadakan rundingan 'bagi menamatkan perang yang dilancarkan Perancis di Azawad, utara Mali.

Mokhtar turut mencadangkan 'pertukaran tebusan rakyat Amerika dengan seorang rakyat Mesir, Omar Abdelrahman serta seorang rakyat Pakistan, Afiah Sidiqi yang dipenjarakan di AS kerana didakwa terbabit dengan aktiviti keganasan'. - AFP

No comments:

Post a Comment