My Add

Saturday 5 January 2013

Pas kekal dengan pendirian

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 04 Januari, 2013: Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menegaskan parti itu kekal dengan keputusan menyokong penggunaan kalimah Allah untuk penganut bukan Islam seperti yang diputuskan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 2010.

Beliau yang dilihat seolah-olah memandang ringan kemarahan umat Islam dalam isu tersebut berkata, polemik kalimah Allah hanya timbul di Semenanjung tetapi tidak pernah menjadi isu dalam kalangan penganut Islam dan Kristian di Asia Barat serta Sabah dan Sarawak.

"Presiden Pas pernah mengeluarkan kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang penganut selain Islam menggunakan kalimah Allah. Pas masih kekal dengan pendirian itu," katanya sebagaimana dipetik daripada portal berita propembangkang, Malaysian Insider hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment