My Add

Friday 25 January 2013

Ahli akar umbi gesa DAP diubah kepada "AAP"

*RICHARD Francis (dua dari kiri) bersama Jesu Dason menyerahkan laporan kepada pegawai Pendaftar Pertubuhan (ROC), Zainor Shida Arshad bagi menyiasat pemilihan CEC parti yang didakwa tidak sah, di Pejabat Pendaftar Pertubuhan, di Seremban, Negeri Sembilan hari ini. - UTUSAN

SEREMBAN, JUMAAT, 25 Januari, 2013: Keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP baru-baru ini jelas menunjukkan satu penipuan terhadap sistem demokrasi dan wujud amalan `ala kuku besi atau autokratik’ dalam parti berkenaan.

Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis ketika membuat dakwaan itu berkata, jika benar parti tersebut menggunakan nama Democratic Action Party (DAP) sebagai prinsip perjuangan mereka, sepatutnya ia diamalkan secara telus ketika berlangsungnya pemilihan parti tersebut.

"Saya adalah perwakilan yang mengundi pada pemilihan itu di Pulau Pinang. Saya sedih apabila mendapati kaum saya, masyarakat India kurang mendapat tempat dalam parti berkenaan. Eloklah DAP diubah kepada 'Autocratic Action Party' (AAP),’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment