My Add

Monday 7 January 2013

Amanat Haji Hadi: Kerajaan digesa bertindak tegas

ALOR SETAR, AHAD, 06 Januari, 2013: Permuafakatan Komuniti 1Malaysia Kedah mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas bagi membanteras kesan Amanat Haji Hadi yang bertentangan dengan ajaran agama Islam dan telah memecah-belahkan umat Islam di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Ismail Arshad berkata, pertubuhan itu yang mempunyai kira-kira 93,000 ahli memandang serius Amanat Haji Hadi kerana mendatangkan ancaman lebih besar terhadap masa depan agama, bangsa dan negara.

"Kami mahu pihak berwajib menilai semula kesan yang berlaku akibat amanat berkenaan dan mengambil tindakan tegas supaya tidak merebak dan menjadi lebih buruk kerana pada masa ini pelbagai pihak menjadi musuh Islam," katanya kepada pemberita di Jabatan Penerangan Kedah di sini hari ini.

Beliau berkata, Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan oleh Presiden Pas sekarang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah politik pada 1981 adalah satu pembohongan kerana apa yang diperkatakan mengenai UMNO mengamalkan perlembagaan penjajah, menggunakan undang-undang orang kafir dan jahiliah adalah langsung tidak benar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment