My Add

Monday 7 January 2013

Bantuan produk 1Malaysia Januari-Mac

IPOH, AHAD, 06 Januari, 2013: Rakyat dijangka menerima pembayaran beberapa bantuan produk 1Malaysia yang diumumkan dalam Bajet 2013 bermula bulan ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar) berkata, bayaran itu termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia Kedua (BR1M 2.0) sebanyak RM500, Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250, Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100 dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia sebanyak RM1,000.

"Saya akan mempengerusikan mesyuarat penyelarasan pembayaran bantuan itu bersama wakil kementerian lain esok. Mesyuarat itu bertujuan menetapkan tarikh bagi setiap pembayaran berkenaan dibuat.

"Sebenarnya, kita sudah adakan mesyuarat Disember lalu tetapi kita hendak kemaskini proses pembayaran membabitkan semua wakil-wakil kementerian - UTUSAN

No comments:

Post a Comment