My Add

Monday 7 January 2013

Bapa mahu nama anak didedahkan

LONDON/NEW DELHI, AHAD, 06 Januari, 2013: Akhbar-akhbar Britain mendedahkan nama pelajar perubatan yang mati akibat dirogol dan diseksa di New Delhi selepas mendapat kebenaran bapa mangsa.

Akhbar Sunday Mirror mendedahkan nama mangsa rogol tersebut sebagai Jyoti Singh Pandey selepas bapanya, Badri, 53, memberi kebenaran.

Terdahulu, Badri mahu nama anaknya itu didedahkan bagi menjadikannya sebagai inspirasi kepada mangsa serangan seksual yang lain.

Beliau berkata, keluarganya mahu dunia mengetahui nama sebenar mangsa kejadian itu.

‘‘Anak perempuan saya tidak bersalah, dia mati ketika mempertahankan dirinya.

‘‘Saya berbangga dengannya. Pendedahan namanya akan memberi keberanian kepada wanita lain untuk menghadapi serangan seumpama ini. Mereka akan mendapat kekuatan daripada anak saya,’’ katanya dalam temu bual dengan akhbar Britain, Sunday People. - AGENSI

No comments:

Post a Comment