My Add

Monday 7 January 2013

Husam tarik balik saman

KOTA BHARU, AHAD, 06 Januari, 2013: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menarik balik saman terhadap Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang dengan kebebasan untuk memfailkan semula dan dengan kos.

Pada masa yang sama, Hakim Datuk Yazid Mustafa mengarahkan plaintif membayar kos sebanyak RM2,000 kepada defendan kerana tindakan tersebut.

Husam yang tidak hadir pada prosiding hari ini diwakili peguam Hisham Fauzi manakala peguam Nor Azli Ahamed mewakili Hussain.

Sementara itu, Nor Azli yang ditemui di luar mahkamah berkata, pihak plaintif tidak memberikan sebarang alasan berhubung keputusan menarik balik saman tersebut.

Menurut Nor Azli, pihaknya bersedia menghadapi perbicaraan tersebut termasuk semua saksi hadir bagi memberi keterangan sekiranya prosiding berjalan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment