My Add

Sunday 6 January 2013

Beri peluang rakyat dengar penjelasan Shamsidar

KUALA LUMPUR, SABTU, 05 Januari, 2013: Rakyat perlu diberi peluang untuk mendengar penjelasan Shamsidar Taharin berhubung segala kegiatan salah laku moral Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menjadi saksi utama di mahkamah.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, rakyat berhak mengetahui cerita sebenar kerana mereka tertanya-tanya mengenai kebenaran dakwaan dilakukan terhadap Ketua Pembangkang itu.

‘‘Shamsidar perlu menjelaskan segala kegiatan sambilan Anwar dari kandang saksi mahkamah dan bukannya di Himpunan Shamsidar pada 12 Januari ini.

‘‘Isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga mahu mengetahui kebenaran dakwaan itu, jadi berilah peluang kepada Shamsidar untuk memberikan penjelasan di kandang saksi,’’ katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment