My Add

Sunday 6 January 2013

Nik Aziz patut selar Hadi Awang kerana keluarkan amanat - Zahid Md. Arip

KUALA LUMPUR, SABTU, 05 Januari, 2013: Tindakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menuduh kerajaan lebih teruk daripada binatang kerana membatalkan forum 'Amanat Haji Hadi' disifatkan sebagai keterlaluan dan menggambarkan beliau semakin 'nyanyuk'.

Bagi Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip, Nik Abdul Aziz sepatutnya menyelar Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana Presiden Pas itu adalah individu yang bertanggungjawab mengeluarkan amanat tersebut.

Tambahan pula, kata beliau, persoalan pokok yang didesak rakyat bukan soal forum tetapi meminta Abdul Hadi menarik balik amanat mengkafirkan UMNO sehingga membawa perpecahan kronik dalam masyarakat Islam di negara ini.

"Perkara lebih penting ialah Abdul Hadi nak tarik atau tidak? Kalau Nik Abdul Aziz anggap pembatalan forum itu lebih teruk daripada binatang, apa pula label paling layak untuk tindakan Abdul Hadi mengkafirkan UMNO? - UTUSAN

No comments:

Post a Comment