My Add

Tuesday 8 January 2013

Biasiswa jarak jauh bantu generasi muda Palestin

*MOHD. Ali Rustam (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Abdul Alaziz Ghoush sambil disaksikan Abdul Azeez Abdul Rahim (tiga dari kanan) dan wakil Global Peace Malaysia, Shamsul Azmar Yahya (kanan) selepas majlis Forum Penderitaan Palestin: Kami Prihatin di MITC, Melaka, semalam.

MELAKA, ISNIN, 07 Januari, 2013: Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) akan memperkenalkan program biasiswa jarak jauh dalam usaha membantu generasi muda Palestin dalam bidang pendidikan.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, biasiswa itu dapat membantu meringankan beban yang ditanggung anak-anak Palestin bagi membolehkan mereka menamatkan pengajian di peringkat universiti.

Menurutnya, setakat ini, pihaknya sudah mengenal pasti 313 anak-anak Palestin berusia antara enam hingga 17 tahun untuk dibantu bermula di peringkat tadika hingga universiti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment