My Add

Wednesday 23 January 2013

brahim dihubungi polis bantu siasatan

KUALA LUMPUR, SELASA, 22 Januari, 2013: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengesahkan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali dihubungi polis ekoran laporan yang dibuat beberapa individu terhadap kenyataan meminta umat Islam membakar Bible versi bahasa Melayu.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, laporan polis turut dibuat Pengerusi DAP, Karpal Singh dan siasatan akan diadakan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, Perkasa mengalu-alukan mana-mana pihak membuat laporan polis terhadap kenyataan itu serta yakin siasatan akan berpandukan kepada kebenaran dan keadilan.

“Ibrahim lebih takut kepada Allah SWT sekiranya gagal mempertahankan kesucian Islam. Beliau jenis berani buat berani tanggung, jadi tiada masalah untuk memberi keterangan jika disiasat nanti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment