My Add

Wednesday 23 January 2013

Polis sahkan Bible diedar di sekolah tiada kalimah Allah

PULAU PINANG, SELASA, 22 Januari, 2013: Polis mengesahkan kesemua Bible yang dirampas semasa diedarkan di sebuah sekolah di sini baru-baru ini dicetak dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, kesemua naskhah tersebut tidak mempunyai kalimah Allah serta tiada terjemahan bahasa Melayu atau jawi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya negeri hari ini.

"Setakat ini siasatan polis mendapati kesemua Bible yang dirampas dicetak dalam bahasa Inggeris dan tidak mempunyai sebarang kalimah Allah serta tiada sebarang terjemahan bahasa Melayu atau jawi," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Khamis lalu, Persatuan Muka buku Pulau Pinang membuat laporan polis apabila ahlinya mengesan tindakan mengedar Bible di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment