My Add

Wednesday 23 January 2013

Perkasa PP nafi anjur bakar Bible

KUALA LUMPUR, SELASA, 22 Januari, 2013: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang menafikan mahu menganjurkan upacara membakar Bible berbahasa Melayu pada 27 Januari ini.

Yang Dipertuanya, Yusof Suhaimi Mohd. Yatim berkata, pengedaran risalah tentang upacara berkenaan dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang ingin menangguk di air keruh.

''Perkasa masih lagi menghormati undang-undang dan kami sentiasa memperjuangkan keamanan negara. Kami minta pihak berkuasa menyiasat dalang di sebalik pengedaran risalah itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berhubung saranan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali baru-baru ini agar umat Islam membakar Bible, jelas beliau, kenyataan itu sebenarnya hanya untuk Bible berbahasa Melayu yang menggunakan tulisan jawi dan memaparkan kalimah Allah di dalamnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment