My Add

Friday 25 January 2013

Budak redah rumah terbakar selamatkan adik

*MOHD.. Naim Che Khairul bersama ibunya, Siti Mariam Hamad selepas berjaya diselamatkan dalam kebakaran di Taman Bukit Pasir, Batu Pahat, malam semalam.

BATU PAHAT, KHAMIS, 24 Januari, 2013: Meskipun masih kecil, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun sanggup mempertaruhkan nyawa meredah asap tebal semata-mata untuk menyelamatkan adiknya yang terperangkap dalam kebakaran di rumah sewa mereka di Taman Bukit Pasir, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.50 malam di tingkat tiga rumah kedai berkenaan, Nazrul Affal Che Khairul sedang bermain basikal seorang diri di bawah rumah berhampiran warung yang diusahakan ibu bapanya.

Namun, sebaik sahaja melihat asap dan api, dia meluru naik ke rumah yang disewa keluarganya sejak 10 tahun lalu untuk menyelamatkan adiknya, Mohd. Naim Che Khairul, 8, yang sedang tidur. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment