My Add

Tuesday 22 January 2013

DAP amalkan dwistandard dalam parti

KUALA LUMPUR, ISNIN, 21 Januari, 2013: Kegagalan DAP mengambil tindakan disiplin terhadap Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berhubung insiden tersalah kira undi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) membuktikan amalan dwistandard wujud di dalam parti itu.

Bekas Ketua DAP Cawangan Pantai Sepang, R. Vellasamy berkata, kebiasaannya mana-mana ahli biasa DAP yang melakukan kesalahan pasti akan dikenakan tindakan disiplin oleh parti.

Bagaimanapun katanya, tindakan disiplin tidak pula diambil terhadap Guan Eng ekoran insiden tersalah kira undi dalam pemilihan CEC pada Disember lalu.

“Sudah tentu ada peraturan dalam Perlembagaan DAP yang boleh digunakan bagi menangani kesalahan serius seperti memanipulasi keputusan pemilihan CEC.

“Saya hairan mengapa Jawatankuasa Disiplin DAP masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap Guan Eng sedangkan beliau telah mengaku secara terbuka tentang kesilapan pengiraan undi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment