My Add

Tuesday 8 January 2013

DAP rancang edar 100,000 Bible percuma?

PUTRAJAYA, ISNIN, 07 Januari, 2013: DAP diminta memberi penjelasan tentang dakwaan parti itu akan mencetak 100,000 naskhah Bible versi bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah dan kemudiannya diedarkan secara percuma di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beliau terkejut apabila difahamkan tentang dakwaan tersebut dan mahu DAP menyediakan jawapan sama ada perkara itu benar atau sebaliknya.

"Saya tidak boleh beritahu maklumat saya itu, sebab itu saya hendak bertanya. Itu saya kata tadi saya difahamkan. Jadi saya minta DAP jawab sama ada betul atau tidak.

"Saya juga minta Pas menyatakan pendirian sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan tindakan ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment