My Add

Tuesday 8 January 2013

Salah kira undi libatkan semua CEC DAP?

KUALA LUMPUR, ISNIN, 07 Januari, 2013: Kesilapan memalukan dalam proses pengiraan undi semasa pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP bulan lalu, berkemungkinan turut berlaku terhadap semua calon yang dipilih untuk menerajui kepimpinan parti itu.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, kesilapan itu tidak mungkin melibatkan seorang calon sahaja iaitu Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Abdullah.

"Mungkin juga undi yang diberikan kepada Guan Eng sendiri dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta Pengerusi DAP, Karpal Singh telah tersalah kira.

"Saya hairan mengapa pula insiden tersalah kira undi itu melibatkan 'pertukaran' antara calon Melayu dan Cina sahaja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden memalukan DAP yang secara terbuka mengakui berlaku kesilapan pengiraan jumlah undi dalam pemilihan parti itu baru-baru ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment