My Add

Monday 21 January 2013

Dasar ruminan negara akan diwujudkan

Oleh HAKIMI ISMAIL

 *NOH Omar (empat dari kiri) bergambar bersama penerima penerima bantuan penternakan sempena Perhimpunan Warga Penternak Selangor dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Bukit Changgang, Sepang hari ini. - UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH

SEPANG, ISNIN, 21 Januari, 2013: Kerajaan akan menggubal dasar ruminan negara bagi menjamin bekalan makanan daripada hasil ternakan mencukupi bagi kegunaan rakyat negara ini.

Ia sekali gus dapat membantu mengurangkan kebergantungan kepada produk ternakan import.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, kertas cadangan dasar tersebut akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat bagi diluluskan.

"Melalui dasar tersebut, negara dan para penternak akan mendapat manfaat dari segi peningkatan ekonomi apabila hasil ternakan turut dapat dieksport ke negara yang mengalami kekurangan bekalan makanan.," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Warga Penternak Bersama kementeriannya di Dataran Sadiman di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment