My Add

Monday 21 January 2013

Saya belum meninggal dunia - Hashim Endut

Oleh SAHBULLAH DARWI

*BEKAS Ahli Parlimen Ulu Muda, Hashim Endut meminta masyarakat tidak mempercayai khabar angin menyatakan beliau telah meninggal dunia sejak 1980-an. Beliau hadir sendiri menjelaskannya di pejabat Utusan Malaysia di Alor Setar, hari ini. - UTUSAN/KAMAL BASIR

ALOR SETAR, ISNIN, 21 Januari, 2013: "Saya masih hidup!" Demikian ditegaskan oleh bekas Ahli Parlimen Ulu Muda, Hashim Endut, 79.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat agar tidak mempercayai khabar angin yang menyatakan bahawa beliau telah pun meninggal dunia sejak 1980-an.

Hashim berkata, ramai kenalan dan masyarakat yang ditemuinya terkejut bertemu dengan beliau kerana menyangka Hashim telah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 28 November 1981.

"Rakan-rakan lama menyangka saya meninggal dunia selepas kemalangan atau akibat sakit tua," katanya ketika ditemui di pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini hari ini.

Hashim, 79, berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan Ulu Muda (Pendang dan Sik) selama dua penggal bermula 1978 dan pernah menewaskan bekas Timbalan Presiden dan kemudian Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadhil Noor.

Menurut Hashim, beliau meletak jawatan kerana faktor kesihatan selepas terlibat dalam kemalangan di Selinsing, Bagan Datoh Perak pada 28 November 1981. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment