My Add

Friday 18 January 2013

Defisit fiskal RM35.95 juta?

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH

ALOR SETAR, KHAMIS, 17 Januari, 2013: Kerajaan Pas Kedah diramal mencatatkan bajet defisit fiskal tertinggi dalam sejarah pentadbiran negeri ini iaitu RM35.95 juta jika pendapatan hasil jualan air kepada Pulau Pinang seperti yang dimasukkan dalam Belanjawan Kedah 2013 gagal diperoleh.

Pengerusi Majlis Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) negeri, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata, berdasarkan belanjawan yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada 20 November lalu, anggaran hasil kerajaan negeri ialah RM640.55 juta.

Kata beliau, anggaran perbelanjaan mengurus pula RM656.5 juta yang menjadikan jumlah defisit fiskal RM15.95 juta.

Bagaimanapun katanya, perlu diingat anggaran jumlah hasil adalah termasuk RM33.8 juta perolehan jualan air mentah kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) iaitu RM13.8 juta dan kerajaan negeri Pulau Pinang (RM20 juta). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment