My Add

Friday 25 January 2013

Desakan pinda LPA 1976, kerajaan perlu bertindak

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 24 Januari, 2013: Kerajaan digesa bertindak terhadap desakan pelbagai pihak yang mahu Akta Profesion Undang-Undang (LPA) 1976 dipinda bagi membolehkan Majlis Peguam bebas daripada pengaruh politik atau pihak ketiga.

Presiden Persatuan Guaman Malaysia, Nordin Yusoff berkata, perkara itu perlu memandangkan badan tersebut adalah badan profesional yang sepatutnya bergerak secara neutral dan tidak memihak kepada kelompok atau pihak tertentu.

Merujuk kepada desakan terbaharu beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun secara aman di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam, beliau memberitahu, perkara itu bagaimanapun bukannya sesuatu yang baharu.

"Saya termasuk beberapa ahli pernah membuat desakan sama tahun lalu. Ketika itu, Majlis Peguam bertindak menyokong perhimpunan haram Bersih 3.0. Pada awalnya, Majlis Peguam menjelaskan mereka sekadar pemerhati, tetapi akhirnya bertindak mengkritik kerajaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment