My Add

Friday 25 January 2013

Tokoh ulama saran perluas wasatiyyah

SHAH ALAM, KHAMIS, 24 Januari, 2013: Seorang tokoh ulama negeri ini, Datuk Abdul Aziz Andik Achok, 78, mahu kefahaman tentang konsep wasatiyyah atau kesederhanaan dapat diperluaskan sebagai satu langkah untuk meningkatkan perpaduan umat Islam di Malaysia.

Penerima Anugerah Umar Abdul Aziz sempena sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijrah peringkat negeri hari ini menyatakan bahawa sikap segelintir umat Islam yang kadangkala berpegang kepada pandangan ekstrem menyebabkan sering berlaku pertentangan semasa umat Islam hingga akhirnya membawa kepada perpecahan.

"Seluruh dunia kini sudah semakin menerima konsep wasatiyyah sebagai satu model yang dapat membaiki imej Islam. Kita tidak sepatutnya mengamalkan sesuatu dengan cara melampau.

"Wasatiyyah bermakna kita mengambil jalan sederhana iaitu tidak cenderung ke kiri atau ke kanan sangat, ambil jalan tengah yang semua orang boleh terima, jadi akan timbullah perpaduan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment